Thursday, 23 May 2013

Masalah dalam Membaca



Apakah yang Menyebabkan Tidak Berkeupayaan Membaca?


*      Kita ingin mengetahui punca (etiology-penyabab) tidak berkeupayaan membaca.
*      Penyebab resiprokal (reciprocal causation) – punca pertama boleh menyababkan punca yang kedua  dan punca yang kedua pula meningkatkan keparahan punca yang pertama.


FAKTOR YANG MENYEBABKAN KETIDAKUPAYAAN MEMBACA
Faktor yang menyebabkan ketidakupayaan membaca terbahagi kepada dua iaitu faktor fizikal dan faktor neurologikal.



Faktor Fizikal
Kecacatan yang ringan terhadap deria tidak akan mendatangkan kesan negatif terhadap kebolehan membaca, tetapi kecacatan yang berat boleh menyebabkan tidak berkeupayaan untuk menbaca. Antara kecacatan fizikal yang amat mempengaruhi keupayaan membaca ialah:

1. Penglihatan
Apakah kesannya terhadap ketidakupayaan membaca? Mungkinkah simpton atau tanda yang berikut boleh menyebabkan tidak keupayaan membaca?
  • Juling – menggunakan (fokus) kedua-dua biji mata ke arah yang sama. Ini mengakibatkan imej bagi satu benda yang sama kelihatan tidak sama saiz dan bentuknya.
  • Rabub dekat – (myopia) tidak dapat melihat pada jarak yang jauh.
  • Rabun jauh – tidak dapat melihat bagi jarak yang dekat.
  • Astigmatism – penglihatan yang kabur diakibatkan kurang fokus cahaya pada salah satu atau kedua-dua hujung retina.
  • Amblyopiks – satu keadaan imej daripada salah sati biji mata tidak sampai ke otak.


Kesemua simpton ini akan menyebabkan masalah kepada seseorang kanak-kanak untuk menggunakan penglihatan pada peringkat awal dalam kemahiran membaca iaitu mencerap imej huruf yang dipaparkan pada permukaan bertulis. Jika pada peringkat awal ini sukar dilakukan, maka kanak-kanak akan menghadapi masalah untuk meneruskan proses membaca pada peringkat seterusnya iaitu peringkat mendekod.

2. Persepsi Penglihatan
Pelajar yang mempunyai persepsi penglihatan yang bercelaru akan menyebabkan kesukaran untuk membaca. Sebahagian daripada simptomnya ialah :
  • Perkataan kelihatan seolah-olah satu percampuran huruf yang tidak bermakna, seperti muzik menjadi mzuki.
  • Huruf atau perkataan menjadi terbalik seperti contoh b menjadi d, atau perkataan bas menjadi das.
  • Jika jenis percetakan atau saiz huruf bertukar, pelajar tidak dapat mengenal pasti huruf yang sebenar.
  • Satu perkataan kelihatan seperti imej cermin.
  • Pelajar tidak dapat membezakan suku kata.


Kesemua masalah penglihatan ini perlu diketahui perbezaannya agar kanak-kanak dapat diberikan rawatan yang betul. Kebanyakan masalah tidak berkeupayaan membaca dapat diselesaikan dengan memperbetulkan aspek penglihatan kerana masalah inilah yang mengakibatkan ketidakupayaan membaca bermula.

3. Pendengaran (Auditori)
Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran yang teruk akan menghadapi masalah untuk belajar membaca. Pelajar yang mempunyai masalh pendengaran yang ringan boleh membantu dengan teknik yang dapat meningkatkan perbendaharaan kata. Mereka yang mempunyai msalah pendengaran juga akan menghadapi msalah untuk membezakan bunyi vokal dan konsonan.  Contohnya, kanak-kanak ini tidak dapat membezakan antara vokal a dengan bunyi vokal e, u dengan o, i dengan e.

      Kerencatan pendengaran juga terdapat dalam dua kategori iaitu kerencatan sementara dan kerencatan kekal. Kerencatan sementara boleh dirawat dengan mendapatkan rawatan doktor perubatan biasa seperti pembersihan lubang telinga atau mengambil antibiotik, tetapi kerencatan yang kekal perlu kepada rawatan pakar, sama ada rawatan jangka panjang atau memerlukan pembendahan. Guru pemulihan tidak dapat melakukan kedua-dua jenis rawatan ini. Hanya doktor perubatan dan pakar Telinga, Hidung dan Tekaka (Ear, Nose and Throat-ENT) sahaja yang boleh melakukan.

4. Pertuturan
Punca masalah pertuturan (seperti kecelaruan bunyi suara, nada yang tidak menentu, pertuturan spastik dan sebagainya) ialah masalah emosi, kelewatan pertumbuhan, kurang pendengaran, pertumbuhan kerongkong yang tidak lengkap, sumbing dan kecederaan otak atau sebahagian daripada otak. Namun, tidak semua punca masalah pertuturan ini boleh mengakibatkan masalah tidak berkeupayaan membaca. Jika ada pun kesannya ialah kesan tidak langsung iaitu kesan psikologikal.


Faktor Neurologikal
Neurologikal ialah kajian yang berkaitan dengan sistem saraf iaitu sistem saraf manusia termasuklah sistem dalam otak, tulang belakang, urat, ganglia (tisu urat yang pelbagai) dan sebahagian organ reseptor. Sebahagian daripada bahagian neurologi ini boleh memberikan kesan terhadap kebolehan membaca. Faktor neurologi berkaitan dengan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh jangkitan kuman atau prakelahiran.

1. Kerosakan Otak
Kerosakan otak boleh diakibatkan oleh kecederaan, penyakit atau kesan bahan toksik yang mencemarkan otak atau bahagian otak. Kecederaan otak juga boleh terjadi sejak lahir (pre-natal neurological disorder). Ini semua akan menyebabkan lesion atau perubahan yang luar biasa terhadap bentuk. Biasanya pengesanan terhadap kecederaan otak ini boleh dilakukan menerusi electroencephalogram (EEC), tetapi tidak semua keputusan ujian EEC bertepatan walaupun disertakan dengan kajian sejarah kelahiran.

2. Neurologi Tidak Berfungsi
Bahagian otak yang tidak berkembang sepenuhnya atau bahagian otak yang tertutup sebahagiannya sejak dilahirkan. Buta perkataan bagi orang dewasa juga boleh diakibatkan oleh serangan jantung. Hyperlexia – seseorang yang lambat perkembangan bahasa dan akal. Simpton ini juga menyebabakan masalah tidak berkeupayaan mambaca dan pembelajaran yang serius.

3. Faktor Keturunan
Terdapat kajian yang mengatakan faktor keturunan kuat mempengaruhi kemampuan untuk belajar. Contohnya kanak-kanak kembar, kembar seiras dan kembar seibu (identical and fraternal twin), menunjukkan kemampuan yang berbeza dalam pencapaian. Kembar seiras lebih rapat hubungannya dalam pencapaian daripada kembar seibu. Begitu juga kajian yang mengaitkan pencapaian pelajar membaca dengan latar belakang keluarga membuktikan anak yang berasal daripada keluarga yang tidak tahu membaca lebih lemah dalam pencapaian membaca berbanding dengan anak yang berasal daripada keluarga yang tahu membaca.

         Namun demikian, pengaruh persekitaran juga amat penting untuk melihat pencapaian kanak-kanak. Oleh itu, beberapa perkara yang penting dalam keluarga ialah bagaimana ahli keluarga menyediakan persekitaran membaca yang banyak, minat ibu bapa terhadap kejayaan anak-anak dalm palajaran dan model bahasa yang ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak.

4. Faktor Emosi
Lazimnya bukan emosi yang mempengaruhi kejayaan membaca tetapi kegagalan dalm membaca akan mengganggu emosi seseorang pelajar. Pelajar yang gagal membaca akan mempunyai rasa rendah diri, terasing, tidak bermotivasi, kecewa, malas, gagal, dan sebagainya. Namun demikian, ada juga kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi yang mengganggu pencapaian mereka dalam pelajaran umumnya dan membaca khasnya. Kes penderaan, kes kanak-kanak terbiar dan kes perpecahan keluarga boleh mengakibatkan gangguan emosi kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang tertekan juga boleh menyebabkan emosi mereka terganggu.

5. Faktor Sosioekonomi
Status sosioekonomi (SES) kerap menjadi salah satu pemboleh ubah dalam kajian yang berkaitan pencapaian pelajar untuk membaca. Kanak-kanak dari SES rendah selalunya mempunyai pencapaian yang rendah dan kanak-kanak SES tinggi selalu mendapat pencapaian yang tinggi juga. Keturunan kaum dan perbezaan budaya juga boleh mempengaruhi pelajaran dalam membaca.

KESIMPULAN

Walau apa pun punca masalah tidak berkeupayaan membaca, satu perkara yang perlu diambil perhatian  ialah pengesanan awal dan cadangan kepada pihak sekolah dan ibu bapa. Tindakan awal dapat diambil bagi membantu kanak-kanak ini agar mereka tidak terus tercicir dalm sistem pendidikan kita yang berasaskan umur akal.



~Membaca Jambatan Ilmu~

Thursday, 2 May 2013

Pendekatan dalam Pengajaran Membaca



Pendekatan dalam Pengajaran Membaca



1) PENDEKATAN BINAAN


  • Pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan sintesis.
  • Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad.
  • Kemahiran menulis diterapkan sebelum diajar untuk membaca dengan mudah.
  • Dalam pembelajaran bahasa dan pembacaan, murid akan belajar secara beransur-ansur daripada peringkat yang lebih mudah kepada yang kompleks.  Hal ini bertujuan bagi memudahkan murid memahami apa yang telah dipelajari secara berstruktur dan menyeluruh.
  • Dalam pendekatan binaan, murid akan diajar dengan cara atau kaedah dalam menulis abjad, seterusnya suku kata,perkataan, frasa, ayat sehingga mereka boleh mencapai kaedah penulisan pelahiran iaitu melahirkan wacana dengan baik.
  • Sebagai contoh, bagi peringkat pratulisan, murid akan diperkenalkan dengan beberapa bentuk yang seakan-akan membentuk huruf seperti bentuk condong, bulatan, separa bulat, zig-zag dan sebagainya.
  • Hal ini bertujuan untuk melatih kemahiran otot halus mereka agar bersedia sebelum menulis abjad.
  • Setelah mereka berkebolehan dan mengetahui cara untuk menulis kesemua abjad, maka guru akan membimbing murid untuk membina suku kata mengikut diagraf tertentu iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup seperti perkataan kv+kv, atau kv+kvk dan sebagainya.Hal ini menunjukkan murid sudah bersedia untuk menulis secara mekanis iaitu menulis frasa,klausa, ayat dan seterusnya.

2) PENDEKATAN CERAKINAN


  • Mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil.Pendekatan ini menghasilkan kaedah pandang dan sebut.
  • Pendekatan ini pula bertujuan agar murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata, perkataan dan ayat dengan baik.
  • Maka daripada sebuah ayat lengkap, guru akan mencerakinkan kepada beberapa perkataan bagi memudahkan murid untuk membaca.
  • Daripada beberapa perkataan,guru akan membatangkan perkataan tersebut mengikut suku kata tertentu seterusnya memperkenalkan satu persatu huruf yang terdapat dalam setiap suku kata.
  • Pendekatan ini akan mempermudahkan lagi guru untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik dan kaedah membaca dengan betul.
  • Terdapat4 peringkat latihan yang boleh diberikan guru kepada murid-muridnya seperti latihan menyebut perkataan, latihan membatangkan perkataan kepada sukukata, latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama serta latihan membina dan membaca ayat sempurna.

3) PENGALAMAN BAHASA (lea)


  • Memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca.
  • Apabila murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan, murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya.
  • 3 peringkat dalam proses membaca iaitu:- LateralInterpretasi & inferens Penilaian makna
  • Murid – murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat – peringkat tersebut.
  • Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut.
  • Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya.
  • Sebagai contoh:

Jika murid – murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan, ini akan  memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan pelancongan.

       Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut:
  1. Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain.
  2. Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka.
  3. Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid mengusai konsep.
  4. Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca.
  5. Guru perlu mempelbagaikan bentuk atau laras bacaan dalam pengajaran pembelajaran bacaan.



~Membaca Jambatan Ilmu~