Thursday, 23 May 2013

Masalah dalam Membaca



Apakah yang Menyebabkan Tidak Berkeupayaan Membaca?


*      Kita ingin mengetahui punca (etiology-penyabab) tidak berkeupayaan membaca.
*      Penyebab resiprokal (reciprocal causation) – punca pertama boleh menyababkan punca yang kedua  dan punca yang kedua pula meningkatkan keparahan punca yang pertama.


FAKTOR YANG MENYEBABKAN KETIDAKUPAYAAN MEMBACA
Faktor yang menyebabkan ketidakupayaan membaca terbahagi kepada dua iaitu faktor fizikal dan faktor neurologikal.



Faktor Fizikal
Kecacatan yang ringan terhadap deria tidak akan mendatangkan kesan negatif terhadap kebolehan membaca, tetapi kecacatan yang berat boleh menyebabkan tidak berkeupayaan untuk menbaca. Antara kecacatan fizikal yang amat mempengaruhi keupayaan membaca ialah:

1. Penglihatan
Apakah kesannya terhadap ketidakupayaan membaca? Mungkinkah simpton atau tanda yang berikut boleh menyebabkan tidak keupayaan membaca?
  • Juling – menggunakan (fokus) kedua-dua biji mata ke arah yang sama. Ini mengakibatkan imej bagi satu benda yang sama kelihatan tidak sama saiz dan bentuknya.
  • Rabub dekat – (myopia) tidak dapat melihat pada jarak yang jauh.
  • Rabun jauh – tidak dapat melihat bagi jarak yang dekat.
  • Astigmatism – penglihatan yang kabur diakibatkan kurang fokus cahaya pada salah satu atau kedua-dua hujung retina.
  • Amblyopiks – satu keadaan imej daripada salah sati biji mata tidak sampai ke otak.


Kesemua simpton ini akan menyebabkan masalah kepada seseorang kanak-kanak untuk menggunakan penglihatan pada peringkat awal dalam kemahiran membaca iaitu mencerap imej huruf yang dipaparkan pada permukaan bertulis. Jika pada peringkat awal ini sukar dilakukan, maka kanak-kanak akan menghadapi masalah untuk meneruskan proses membaca pada peringkat seterusnya iaitu peringkat mendekod.

2. Persepsi Penglihatan
Pelajar yang mempunyai persepsi penglihatan yang bercelaru akan menyebabkan kesukaran untuk membaca. Sebahagian daripada simptomnya ialah :
  • Perkataan kelihatan seolah-olah satu percampuran huruf yang tidak bermakna, seperti muzik menjadi mzuki.
  • Huruf atau perkataan menjadi terbalik seperti contoh b menjadi d, atau perkataan bas menjadi das.
  • Jika jenis percetakan atau saiz huruf bertukar, pelajar tidak dapat mengenal pasti huruf yang sebenar.
  • Satu perkataan kelihatan seperti imej cermin.
  • Pelajar tidak dapat membezakan suku kata.


Kesemua masalah penglihatan ini perlu diketahui perbezaannya agar kanak-kanak dapat diberikan rawatan yang betul. Kebanyakan masalah tidak berkeupayaan membaca dapat diselesaikan dengan memperbetulkan aspek penglihatan kerana masalah inilah yang mengakibatkan ketidakupayaan membaca bermula.

3. Pendengaran (Auditori)
Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran yang teruk akan menghadapi masalah untuk belajar membaca. Pelajar yang mempunyai masalh pendengaran yang ringan boleh membantu dengan teknik yang dapat meningkatkan perbendaharaan kata. Mereka yang mempunyai msalah pendengaran juga akan menghadapi msalah untuk membezakan bunyi vokal dan konsonan.  Contohnya, kanak-kanak ini tidak dapat membezakan antara vokal a dengan bunyi vokal e, u dengan o, i dengan e.

      Kerencatan pendengaran juga terdapat dalam dua kategori iaitu kerencatan sementara dan kerencatan kekal. Kerencatan sementara boleh dirawat dengan mendapatkan rawatan doktor perubatan biasa seperti pembersihan lubang telinga atau mengambil antibiotik, tetapi kerencatan yang kekal perlu kepada rawatan pakar, sama ada rawatan jangka panjang atau memerlukan pembendahan. Guru pemulihan tidak dapat melakukan kedua-dua jenis rawatan ini. Hanya doktor perubatan dan pakar Telinga, Hidung dan Tekaka (Ear, Nose and Throat-ENT) sahaja yang boleh melakukan.

4. Pertuturan
Punca masalah pertuturan (seperti kecelaruan bunyi suara, nada yang tidak menentu, pertuturan spastik dan sebagainya) ialah masalah emosi, kelewatan pertumbuhan, kurang pendengaran, pertumbuhan kerongkong yang tidak lengkap, sumbing dan kecederaan otak atau sebahagian daripada otak. Namun, tidak semua punca masalah pertuturan ini boleh mengakibatkan masalah tidak berkeupayaan membaca. Jika ada pun kesannya ialah kesan tidak langsung iaitu kesan psikologikal.


Faktor Neurologikal
Neurologikal ialah kajian yang berkaitan dengan sistem saraf iaitu sistem saraf manusia termasuklah sistem dalam otak, tulang belakang, urat, ganglia (tisu urat yang pelbagai) dan sebahagian organ reseptor. Sebahagian daripada bahagian neurologi ini boleh memberikan kesan terhadap kebolehan membaca. Faktor neurologi berkaitan dengan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh jangkitan kuman atau prakelahiran.

1. Kerosakan Otak
Kerosakan otak boleh diakibatkan oleh kecederaan, penyakit atau kesan bahan toksik yang mencemarkan otak atau bahagian otak. Kecederaan otak juga boleh terjadi sejak lahir (pre-natal neurological disorder). Ini semua akan menyebabkan lesion atau perubahan yang luar biasa terhadap bentuk. Biasanya pengesanan terhadap kecederaan otak ini boleh dilakukan menerusi electroencephalogram (EEC), tetapi tidak semua keputusan ujian EEC bertepatan walaupun disertakan dengan kajian sejarah kelahiran.

2. Neurologi Tidak Berfungsi
Bahagian otak yang tidak berkembang sepenuhnya atau bahagian otak yang tertutup sebahagiannya sejak dilahirkan. Buta perkataan bagi orang dewasa juga boleh diakibatkan oleh serangan jantung. Hyperlexia – seseorang yang lambat perkembangan bahasa dan akal. Simpton ini juga menyebabakan masalah tidak berkeupayaan mambaca dan pembelajaran yang serius.

3. Faktor Keturunan
Terdapat kajian yang mengatakan faktor keturunan kuat mempengaruhi kemampuan untuk belajar. Contohnya kanak-kanak kembar, kembar seiras dan kembar seibu (identical and fraternal twin), menunjukkan kemampuan yang berbeza dalam pencapaian. Kembar seiras lebih rapat hubungannya dalam pencapaian daripada kembar seibu. Begitu juga kajian yang mengaitkan pencapaian pelajar membaca dengan latar belakang keluarga membuktikan anak yang berasal daripada keluarga yang tidak tahu membaca lebih lemah dalam pencapaian membaca berbanding dengan anak yang berasal daripada keluarga yang tahu membaca.

         Namun demikian, pengaruh persekitaran juga amat penting untuk melihat pencapaian kanak-kanak. Oleh itu, beberapa perkara yang penting dalam keluarga ialah bagaimana ahli keluarga menyediakan persekitaran membaca yang banyak, minat ibu bapa terhadap kejayaan anak-anak dalm palajaran dan model bahasa yang ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak.

4. Faktor Emosi
Lazimnya bukan emosi yang mempengaruhi kejayaan membaca tetapi kegagalan dalm membaca akan mengganggu emosi seseorang pelajar. Pelajar yang gagal membaca akan mempunyai rasa rendah diri, terasing, tidak bermotivasi, kecewa, malas, gagal, dan sebagainya. Namun demikian, ada juga kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi yang mengganggu pencapaian mereka dalam pelajaran umumnya dan membaca khasnya. Kes penderaan, kes kanak-kanak terbiar dan kes perpecahan keluarga boleh mengakibatkan gangguan emosi kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang tertekan juga boleh menyebabkan emosi mereka terganggu.

5. Faktor Sosioekonomi
Status sosioekonomi (SES) kerap menjadi salah satu pemboleh ubah dalam kajian yang berkaitan pencapaian pelajar untuk membaca. Kanak-kanak dari SES rendah selalunya mempunyai pencapaian yang rendah dan kanak-kanak SES tinggi selalu mendapat pencapaian yang tinggi juga. Keturunan kaum dan perbezaan budaya juga boleh mempengaruhi pelajaran dalam membaca.

KESIMPULAN

Walau apa pun punca masalah tidak berkeupayaan membaca, satu perkara yang perlu diambil perhatian  ialah pengesanan awal dan cadangan kepada pihak sekolah dan ibu bapa. Tindakan awal dapat diambil bagi membantu kanak-kanak ini agar mereka tidak terus tercicir dalm sistem pendidikan kita yang berasaskan umur akal.



~Membaca Jambatan Ilmu~

Thursday, 2 May 2013

Pendekatan dalam Pengajaran Membaca



Pendekatan dalam Pengajaran Membaca



1) PENDEKATAN BINAAN


  • Pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan sintesis.
  • Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad.
  • Kemahiran menulis diterapkan sebelum diajar untuk membaca dengan mudah.
  • Dalam pembelajaran bahasa dan pembacaan, murid akan belajar secara beransur-ansur daripada peringkat yang lebih mudah kepada yang kompleks.  Hal ini bertujuan bagi memudahkan murid memahami apa yang telah dipelajari secara berstruktur dan menyeluruh.
  • Dalam pendekatan binaan, murid akan diajar dengan cara atau kaedah dalam menulis abjad, seterusnya suku kata,perkataan, frasa, ayat sehingga mereka boleh mencapai kaedah penulisan pelahiran iaitu melahirkan wacana dengan baik.
  • Sebagai contoh, bagi peringkat pratulisan, murid akan diperkenalkan dengan beberapa bentuk yang seakan-akan membentuk huruf seperti bentuk condong, bulatan, separa bulat, zig-zag dan sebagainya.
  • Hal ini bertujuan untuk melatih kemahiran otot halus mereka agar bersedia sebelum menulis abjad.
  • Setelah mereka berkebolehan dan mengetahui cara untuk menulis kesemua abjad, maka guru akan membimbing murid untuk membina suku kata mengikut diagraf tertentu iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup seperti perkataan kv+kv, atau kv+kvk dan sebagainya.Hal ini menunjukkan murid sudah bersedia untuk menulis secara mekanis iaitu menulis frasa,klausa, ayat dan seterusnya.

2) PENDEKATAN CERAKINAN


  • Mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil.Pendekatan ini menghasilkan kaedah pandang dan sebut.
  • Pendekatan ini pula bertujuan agar murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata, perkataan dan ayat dengan baik.
  • Maka daripada sebuah ayat lengkap, guru akan mencerakinkan kepada beberapa perkataan bagi memudahkan murid untuk membaca.
  • Daripada beberapa perkataan,guru akan membatangkan perkataan tersebut mengikut suku kata tertentu seterusnya memperkenalkan satu persatu huruf yang terdapat dalam setiap suku kata.
  • Pendekatan ini akan mempermudahkan lagi guru untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik dan kaedah membaca dengan betul.
  • Terdapat4 peringkat latihan yang boleh diberikan guru kepada murid-muridnya seperti latihan menyebut perkataan, latihan membatangkan perkataan kepada sukukata, latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama serta latihan membina dan membaca ayat sempurna.

3) PENGALAMAN BAHASA (lea)


  • Memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca.
  • Apabila murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan, murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya.
  • 3 peringkat dalam proses membaca iaitu:- LateralInterpretasi & inferens Penilaian makna
  • Murid – murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat – peringkat tersebut.
  • Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut.
  • Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya.
  • Sebagai contoh:

Jika murid – murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan, ini akan  memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan pelancongan.

       Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut:
  1. Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain.
  2. Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka.
  3. Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid mengusai konsep.
  4. Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca.
  5. Guru perlu mempelbagaikan bentuk atau laras bacaan dalam pengajaran pembelajaran bacaan.



~Membaca Jambatan Ilmu~

Monday, 29 April 2013

Pemilihan Bahan Bacaan


PEMILIHAN BAHAN BACAAN

Guru perlu mempunyai beberapa panduan umum bagi membuat bahan bacaan yang difikirkan sesuai digunakan di dalam kelas masing-masing berdasarkan beberapa factor yang perlu diambil pertimbangan. Antara pertimbangan tersebut ialah bahan yang sesuai dengan perkembangan usia pelajar dan bahan yang menarik pelajar untuk terus membaca.

Bahan yang Sesuai dengan Perkembangan Usia Pelajar
Berikut ialah beberapa panduan yang dapat digunakan guru bagi membuat pemilihan bahan bacaan berdasarkan tahap perkembangan pelajar:

a)  Bahan sesuai dengan tahap usia pelajar.
b)  Bahan sesuai dengan tahap kelancaran membaca pelajar.
c)  Jumlah bahan mencukupi bagi setiap kumpulan yang berbeza.
d)  Saiz huruf yang digunakan sesuai.
e)  Perkataan yang digunakan sesuai.
f)  Ayat yang digunakan sesuai.
g)  Bahasa yang digunakan sesuai.
h)  Konsep buku sesuai.

        Misalnya, bagi pelajar di tahap yang rendah iaitu bagi kanak-kanak peringkat prasekolah dan tahap satu, bahan yang menggunakan ayat berulang-ulang adalah penting bagi memperkukuhkan pengamatan pelajar terhadap huruf yang bercetak seperti yang dapat dilihat dalam sesebuah buku cerita. Ayat yang digunakan juga bertujuan untuk meningkatkan perbendaharaan kata anak-anak. 

     Bahan bagi kanak-kanak peringkat umur yang awal ini juga memerlukan penggunaan jenis tulisan yang besar-besar, bergambar dan berwarna. Bahasa yang digunakan pula mudah. Kandungan cerita bagi kanak-kanak peringkat awal ini pula perlulah mempunyai plot yang mudah agar pelajar dapat membuat taakulan tentang apa yang berlaku seterusnya dan apakah pengakhiran cerita.
    
    Jenis bahan bacaan yang berbentuk cerita juga biasanya mengandungi nilai murni. Bahan bacaan pelajar di tahap yang rendah mempunyai muka surat yang sedikit iaitu antara 14 hingga 16 muka surat.


Bahan yang Menarik Pelajar untuk Terus Membaca

  • Ciri ini perlu ada pada sesuatu bahan yang dipilih untuk digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Pada peringkat rendah, buku yang dipilih perlulah dapat menarik minat pelajar berdasarkan persembahan ilustrasi dan kandungan cerita yang menarik.
  • Ilustrasi luar yang menarik akan dapat menjadikan pelajar pada peringkat ini berminat untuk mengetahui kandungan dalam sesebuah buku. Contohnya Kulit yang menarik, mutu kertas yang baik, penjilidan yang kukuh, Saiz huruf/cetakan yang besar daripada cetakan biasa,
  • Jenis huruf yang diperakukan dan cetakan huruf tidak bertindih atas gambar supaya tidak mengelirukan kanak-kanak.
  • Bahan yang mempunyai kandungan yang menarik akan lebih diminati jika disertai dengan ilustrasi yang dapat memperkukuhkan lagi daya imaginasi pelajar yang membaca atau manatapnya sahaja.
  • Bahan yang mempunyai kedua-dua ciri tersebut akan meningkatkan minat pelajar kerana mereka sentiasa ingin mengetahui apakah yang terkandung dalam halaman yang seterusnya ketika membaca.
  • Bahan yang dapat menarik perhatian pelajar pada peringkat menengah pula merupakan bahan yang mempunyai kualiti bahasa dan sastera yang bermutu tinggi seperti bahan yang mempunyai susunan plot yang rapi, watak yang pelbagai, tema yang utuh, gaya yang menarik dan sudut pandangan yang berkesan.
  • Bahan begini akan menjadi bahan yang akan sentiasa diingati oleh sesiapa sahaja yang membaca, tidak mengira peringkat usia atau tahap persekolahan.
  • Namun, guru perlu menimbangkan dari segi bahasa yang digunakan agar tidak terlalu melampaui kemampuan pelajar atau terlalu rendah jika dinilai berdasarkan usia dan tahap persekolahan mereka.

~Membaca Jambatan Ilmu~

Thursday, 11 April 2013

Belajar Membaca


Belajar Membaca 

1) Kaedah Pandang dan Sebut
       Kaedah seluruh perkataan
       Dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata
       Aktiviti utama – memandang dan menyebut
       Perkara yang dipandang - gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar
       Perkara yang disebut - perkataan pada bahan yang ditunjukkan
       Kaedah ini mementingkan dua perkara;

        i)          Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar
       ii)          Membunyikan ayat melalui gambar yang mempunyai cerita.




       Prosesnya :
a)      Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya.

b)   Setelah di cam, tidak dibunyikan, tidak juga dieja tetapi perkataan tersebut harus disebut. Pada peringkat permulaan, perkataan yang disampaikan disertakan dengan gambar.

c)  Dalam hal mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam diminta terus membaca.

d)     Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.

e)   Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat.

f)   Kaedah ini sangat baik dan sesuai digunakan bagi mengajar bacaan jawi terutama bagi perkataan-perkataan yang tidak tetap sistem bunyinya untuk dieja.



Kelebihan kaedah pandang & sebut
a)  Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan, menarik minat murid-murid.

b) Bersesuaian dengan resmi semulajadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya. Kaedah ini dari awal mementingkan makna.

c)    Dengan itu kanak-kanak dari mula mendapat latihan memahami apa yang dibaca oleh mereka.

d)  Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan irama ataupun alunan suara yang betul dari mula.

Kelemahan kaedah pandang & sebut.
a)   Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajarkan sahaja.

b)    Kaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata.

c)     Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri.

d)     Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca.


2) Kaedah Abjad
       Kaedah ini mementingkan mengenal nama-nama huruf dan bunyi-bunyi huruf itu,
       Cara penyampaian:-
a)    Murid menghafaz bentuk huruf menurut susunanya, iaitu a – z(menerusi nyanyian, kad, dsb)
b)    Membunyikan gabungan huruf vokal dan konsonan bagi membentuk suku kata.
c)    Penggabungan suku kata membentuk perkataan.
d)    Pembacaan ayat – ayat mudah yang perkataannya berupa kv + kv.


  
   

Penggabungan suku kata membentuk perkataan.

Pembacaan ayat mudah



Rasional kaedah abjad

  • Oleh sebab perkataan mengandungi huruf atau lambang, murid hendaklah diajar mengenal nama huruf/lambang sebelum mambaca atau mengejanya.
  • Menurut Walker;lambang(huruf) hendaklah diajar seluruhnya. Kanak-kanak yang mengenal huruf mempunyai peluang besar untuk mencapai keupayaan membaca.
  • Murid berpeluang menjalin huruf konsonan dan huruf vokal bagi membentuk suku kata dan akhirnya perkataan.
  • Kaedah ini bersifat petunjuk dan kanak-kanak diberi peluang berinisiatif.

Kelebihan kaedah abjad

  • Sesuai dengan susun Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya.
  • Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik. 
  • Kaedah ini memberi asas dan binaan kukuh dalam membaca.
  • Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid.

Kelemahan kaedah abjad

  • Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya.
  • Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini mebolehkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca.
  • Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secra keseluruhan yang bermakna.
  • Boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.


3) Kaedah Fonik

Cara pelaksanaannya:-
     Murid menghafaz bunyi huruf (bukan nama huruf) – murid melihat lambang dan menghafaz bunyinya;
                a dibunyikan aa
                z dibunyikan zi
     Kemudian, murid diajar suku kata setelah tahu hubungan huruf dengan bunyinya: “ba’ tanpa bunyikan “be” dan “aa”.
       Penggabungan suku kata bagi membentuk perkataan.
                                bu + ta = buta
                                bu + ka = buka
       Pembacaan ayat – ayat mudah:
                                Ibu beli buku
                                Ibu buka buku
                                Ibu baca buku


Rasional kaedah fonik
       Oleh sebab bahasa itu daripada bunyi-bunyi, huruf hanyalah simbol belaka.
  Menurut Palmer, huruf secara tersendiri bukanlah bahasa. Huruf hanyalah simbol yang dibunyikan bagi menuturkan dan menuliskan bahasa. Dengan bunyi yang ditetapkan, huruf akan menjadi satu unsur bahasa.
    Oleh itu, proses pengajaran bacaan asas hendaklah ditumpukan kepada bunyi-bunyi yang diwakili huruf-huruf abjad kerana bunyi-bunyi tersebut membawa makna, bukan hurufnya.
     Mohd. Hilmi Haji Ismail menyatakan: sistem ejaan BM ialah fonemik dan oleh sebab suku katanya jelas, maka kaedah suku kata sesuai sekali digunakan untuk mengajar peringkat prabacaan.

4) Kaedah SQ 3R
       SQ3R adalah singkatan bagi;
                                S (survey)     = tinjau
                                Q (question)  = soal/tanya
                                R (read)        = baca
                                R (recite)      = imbas kembali atau nyatakan secara lisan
                                R (review)      = baca semula

Survey

  • Murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahamannya sendiri.
  • Murid bebas dalam erti kata menganggap apa yang dibaca.
  • Pelajar hanya menumpukan bahan/teks kepada tajuk umum/besar, sub tajuk, gambar, simbol ilustrasi, grafik, pemenggalan teks.
  • Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan scanning.

Question
       Murid menyenaraikan bebarapa isi soalan (intipati) yang terkandung dalam teks.
       Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh murid tentang topik/isu dalam teks.
       Soalan juga berupaya penyenaraian siri soalan yang berkaitan demgan tugasan yang diberi.
       Soalan juga berupa panduan kepada jawapan yang sebenar.
   Dalam masa yang sama pelajar sendiri mencari jawapan- peramalan jawapan yang paling relevan.

Read

  • Murid dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan kepada teks yang dibaca.Dalam masa yang sama, murid cuba mencari jawapan kepada soalan yang disenaraikan tadi dan murid boleh menyenaraikan soalan tambahan.
  • Sepanjang masa membaca, murid boleh menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan teks/bahan bacaan.
  • Murid juga boleh bertukar-tukar fikiran sama ada menerima atau menolak konsep maklumat yang dibaca.

Recite

  • Setelah murid membaca keseluruhan teks, pada peringkat ini murid dikehendaki mengingat kembali semua/sebahagian maklumat yang terdapat dalam teks.
  • Murid menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan soalan atau tugasan.
  • Seterusnya murid dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks.
  • Murid juga boleh memberikan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat dalam teks.Murid boleh membandingkan jawapan mereka.

Review

  • Pada peringkat ini, murid dikehendaki membaca semua soalan dan jawapan yang ditulis/dicatat.
  • Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada jawapan yang ada pada peringkat recite (imbas kembali).
  • Pastikan bahagian tertentu sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks.Murid jangan tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question/pertanyaan.

5) Kaedah KWLH

  • Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari.
  • Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber.
  • Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis.
K       K  (Know) = Mengetahui dan mengalami bahan bacaan.
         W (Want) = Berkeinginan untuk mengetahui.
          L  (Learn) = Belajar dan fahami apa yang dibaca.
         H  (How)   = Bagaimana maklumat diperoleh dan dapat menjawab persoalan yang timbul.


Tujuan teknik KWLH

  • Murid  dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang diberi untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Murid sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang disediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Murid dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah disediakan.
  • Murid dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang diberikan.


~Membaca Jambatan Ilmu~