Thursday, 11 April 2013

Belajar Membaca


Belajar Membaca 

1) Kaedah Pandang dan Sebut
       Kaedah seluruh perkataan
       Dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata
       Aktiviti utama – memandang dan menyebut
       Perkara yang dipandang - gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar
       Perkara yang disebut - perkataan pada bahan yang ditunjukkan
       Kaedah ini mementingkan dua perkara;

        i)          Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar
       ii)          Membunyikan ayat melalui gambar yang mempunyai cerita.




       Prosesnya :
a)      Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya.

b)   Setelah di cam, tidak dibunyikan, tidak juga dieja tetapi perkataan tersebut harus disebut. Pada peringkat permulaan, perkataan yang disampaikan disertakan dengan gambar.

c)  Dalam hal mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam diminta terus membaca.

d)     Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.

e)   Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat.

f)   Kaedah ini sangat baik dan sesuai digunakan bagi mengajar bacaan jawi terutama bagi perkataan-perkataan yang tidak tetap sistem bunyinya untuk dieja.



Kelebihan kaedah pandang & sebut
a)  Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan, menarik minat murid-murid.

b) Bersesuaian dengan resmi semulajadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya. Kaedah ini dari awal mementingkan makna.

c)    Dengan itu kanak-kanak dari mula mendapat latihan memahami apa yang dibaca oleh mereka.

d)  Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan irama ataupun alunan suara yang betul dari mula.

Kelemahan kaedah pandang & sebut.
a)   Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajarkan sahaja.

b)    Kaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata.

c)     Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri.

d)     Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca.


2) Kaedah Abjad
       Kaedah ini mementingkan mengenal nama-nama huruf dan bunyi-bunyi huruf itu,
       Cara penyampaian:-
a)    Murid menghafaz bentuk huruf menurut susunanya, iaitu a – z(menerusi nyanyian, kad, dsb)
b)    Membunyikan gabungan huruf vokal dan konsonan bagi membentuk suku kata.
c)    Penggabungan suku kata membentuk perkataan.
d)    Pembacaan ayat – ayat mudah yang perkataannya berupa kv + kv.


  
   

Penggabungan suku kata membentuk perkataan.

Pembacaan ayat mudah



Rasional kaedah abjad

  • Oleh sebab perkataan mengandungi huruf atau lambang, murid hendaklah diajar mengenal nama huruf/lambang sebelum mambaca atau mengejanya.
  • Menurut Walker;lambang(huruf) hendaklah diajar seluruhnya. Kanak-kanak yang mengenal huruf mempunyai peluang besar untuk mencapai keupayaan membaca.
  • Murid berpeluang menjalin huruf konsonan dan huruf vokal bagi membentuk suku kata dan akhirnya perkataan.
  • Kaedah ini bersifat petunjuk dan kanak-kanak diberi peluang berinisiatif.

Kelebihan kaedah abjad

  • Sesuai dengan susun Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya.
  • Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik. 
  • Kaedah ini memberi asas dan binaan kukuh dalam membaca.
  • Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid.

Kelemahan kaedah abjad

  • Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya.
  • Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini mebolehkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca.
  • Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secra keseluruhan yang bermakna.
  • Boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.


3) Kaedah Fonik

Cara pelaksanaannya:-
     Murid menghafaz bunyi huruf (bukan nama huruf) – murid melihat lambang dan menghafaz bunyinya;
                a dibunyikan aa
                z dibunyikan zi
     Kemudian, murid diajar suku kata setelah tahu hubungan huruf dengan bunyinya: “ba’ tanpa bunyikan “be” dan “aa”.
       Penggabungan suku kata bagi membentuk perkataan.
                                bu + ta = buta
                                bu + ka = buka
       Pembacaan ayat – ayat mudah:
                                Ibu beli buku
                                Ibu buka buku
                                Ibu baca buku


Rasional kaedah fonik
       Oleh sebab bahasa itu daripada bunyi-bunyi, huruf hanyalah simbol belaka.
  Menurut Palmer, huruf secara tersendiri bukanlah bahasa. Huruf hanyalah simbol yang dibunyikan bagi menuturkan dan menuliskan bahasa. Dengan bunyi yang ditetapkan, huruf akan menjadi satu unsur bahasa.
    Oleh itu, proses pengajaran bacaan asas hendaklah ditumpukan kepada bunyi-bunyi yang diwakili huruf-huruf abjad kerana bunyi-bunyi tersebut membawa makna, bukan hurufnya.
     Mohd. Hilmi Haji Ismail menyatakan: sistem ejaan BM ialah fonemik dan oleh sebab suku katanya jelas, maka kaedah suku kata sesuai sekali digunakan untuk mengajar peringkat prabacaan.

4) Kaedah SQ 3R
       SQ3R adalah singkatan bagi;
                                S (survey)     = tinjau
                                Q (question)  = soal/tanya
                                R (read)        = baca
                                R (recite)      = imbas kembali atau nyatakan secara lisan
                                R (review)      = baca semula

Survey

  • Murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahamannya sendiri.
  • Murid bebas dalam erti kata menganggap apa yang dibaca.
  • Pelajar hanya menumpukan bahan/teks kepada tajuk umum/besar, sub tajuk, gambar, simbol ilustrasi, grafik, pemenggalan teks.
  • Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan scanning.

Question
       Murid menyenaraikan bebarapa isi soalan (intipati) yang terkandung dalam teks.
       Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh murid tentang topik/isu dalam teks.
       Soalan juga berupaya penyenaraian siri soalan yang berkaitan demgan tugasan yang diberi.
       Soalan juga berupa panduan kepada jawapan yang sebenar.
   Dalam masa yang sama pelajar sendiri mencari jawapan- peramalan jawapan yang paling relevan.

Read

  • Murid dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan kepada teks yang dibaca.Dalam masa yang sama, murid cuba mencari jawapan kepada soalan yang disenaraikan tadi dan murid boleh menyenaraikan soalan tambahan.
  • Sepanjang masa membaca, murid boleh menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan teks/bahan bacaan.
  • Murid juga boleh bertukar-tukar fikiran sama ada menerima atau menolak konsep maklumat yang dibaca.

Recite

  • Setelah murid membaca keseluruhan teks, pada peringkat ini murid dikehendaki mengingat kembali semua/sebahagian maklumat yang terdapat dalam teks.
  • Murid menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan soalan atau tugasan.
  • Seterusnya murid dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks.
  • Murid juga boleh memberikan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat dalam teks.Murid boleh membandingkan jawapan mereka.

Review

  • Pada peringkat ini, murid dikehendaki membaca semua soalan dan jawapan yang ditulis/dicatat.
  • Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada jawapan yang ada pada peringkat recite (imbas kembali).
  • Pastikan bahagian tertentu sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks.Murid jangan tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question/pertanyaan.

5) Kaedah KWLH

  • Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari.
  • Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber.
  • Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis.
K       K  (Know) = Mengetahui dan mengalami bahan bacaan.
         W (Want) = Berkeinginan untuk mengetahui.
          L  (Learn) = Belajar dan fahami apa yang dibaca.
         H  (How)   = Bagaimana maklumat diperoleh dan dapat menjawab persoalan yang timbul.


Tujuan teknik KWLH

  • Murid  dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang diberi untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Murid sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang disediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Murid dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah disediakan.
  • Murid dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang diberikan.


~Membaca Jambatan Ilmu~


No comments: