TEORI MEMBACA
Dalam kemahiran membaca
terdapat beberapa teori membaca yang digunakan bagi membantu pembaca dalam
memahami proses pembacaan. Teori membaca ini terbahagi kepada tiga teori iaitu
:
- Teori memindahkan maklumat
- Teori membaca secara automatik
- Teori kecekapan verbal
1)
Teori Memindahkan Maklumat
Teori memindahkan
maklumat diperkenalkan berdasarkan pandangan yang telah dikemukakan oleh La
Berge dan Samuel (1985) dan Gough (1985). Teori ini turut dipengaruhi oleh
psikologi kognitif dan bertanggungjawab dalam menyatakan aktiviti membaca ini
merupakan satu proses pemindahan maklumat daripada bahan bacaan kepada minda
kita. Selain itu, tokoh-tokoh ini juga turut memberi andaian bahawa aktiviti
membaca adalah proses dalam mengenal huruf demi huruf dan perkataan demi
perkataan. Bagi mereka, pembaca akan berinteraksi dengan teks bagi mendapatkan
makna daripada muka surat yang dibaca kepada pemikirannya atau mindanya. Dalam
melakukan interaksi ini, pembaca memerlukan satu kemahiran yang khusus bagi
membolehkan proses pemindahan maklumat kepada pemikirannya. Dalam teori
memindahkan maklumat ini juga menyatakan bahawa aktiviti membaca dilakukan
bertujuan untuk membentuk peningkatan dalam kebolehan pembaca memindahkan
maklumat daripada teks yang telah dibaca. Pembaca yang baik akan lebih efisien
ketika membuat pemindahan maklumat, tetapi bagi pembaca yang lemah pula tidak
akan mampu untuk berbuat sedemikian.
2)
Teori Membaca Secara Automatik
Teori membaca secara
automatik ini turut diperkenalkan oleh La Berger dan Samuel (1974). Dalam teori
ini menganggap bahawa akan wujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran
membaca sekiranya pembacaan dilakukan secara automatik. Teori membaca ini
berbeza di antara proses bersifat automatik dengan proses kawalan ketika
membaca. Melalui latihan membaca, pembaca akan mudah untuk mengenal huruf dan
seterusnya dapat menguasai setiap perkataan secara automatik.
Di samping itu, teori membaca secara automatik ini turut meramalkan akan wujud hubungan yang positif di antara kemahiran pemahaman membaca teks secara automatik dengan latihan yang telah dijalankan. Pembaca yang mempunyai lebih kemahiran membaca secara automatik akan berupaya dalam mengawal teks serta mempunyai lebih sumber dan lebih memahami teks yang dibaca. Ketika membuat pembacaan teks, pembaca perlu memberi penekanan terhadap pengawalan eksekutif agar mereka dapat memahami teks dengan lebih berkesan.

3)
Teori Kecekapan Verbal
Teori kecekapan verbal
ini telah diperkenalkan oleh Perfetti (1985, 1988). Teori kecekapan verbal ini
lebih menekankan kepada kemahiran membaca dengan meluaskan proses pembacaan
dengan mentafsir kod bacaan.
Selain daripada membuat bacaan secara automatik untuk menguasai bahasa, aspek lain seperti penggunaan anafora dalam teks, membuat cadangan atau kenyataan secara bersepadu, aktiviti yang berkaitan dengan ingatan dan strategi meta kognitif yang digunakan. Berdasarkan teori verbal, setiap pembaca akan mempunyai profil yang tersendiri bagi mengusai pembacaan secara verbal.
Dalam teori ini turut memberi penjelasan berkaitan pemahaman terhadap bahan bacaan dan bagi pembaca yang tidak cekap akan lebih mudah lupa akan perkara yang sudah dibacanya. Mereka yang tidak cekap dalam pembacaan ini disebabkan oleh kekurangan pengetahuan terhadap teks yang dibaca dan keadaan ini sekali gus akan menyebabkan mereka sukar untuk memahami apa yang dibaca.

~Membaca Jambatan Ilmu~
No comments:
Post a Comment